fb fb fb fb fb

ASEAN usaha wujudkan keamanan di Myanmar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap bersempena Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - ASEAN akan terus berusaha mewujudkan keadaan yang kondusif ke arah keamanan salah satu negara anggotanya, Myanmar.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, langkah tersebut memerlukan kesabaran dan keazaman, selain memahami situasi sebenar di lapangan.

"Usaha tersebut turut dipandu oleh Konsensus Lima Perkara. ASEAN telah menggunakan setiap saluran dan rakan kerjasama yang ada untuk mengurangkan keganasan dan meringankan krisis kemanusiaan.

"Namun, keamanan yang berkekalan tidak boleh dipaksa. Ia mesti dipimpin dan dimiliki oleh Myanmar sendiri. Hanya dengan cara itu rekonsiliasi dapat bertahan." katanya ketika berucap bersempena Majlis Perasmian Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini.

Semalam, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ASEAN akan meneruskan perbincangan mengenai penghantaran pemerhati ke Myanmar, bersama beberapa inisiatif bertujuan menangani krisis di negara berkenaan.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ