fb fb fb fb fb

Bunuh penganggur: Kontraktor dihadapkan ke Mahkamah

PASIR PUTEH, 12 Januari-Seorang kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh atas tuduhan membunuh seorang lelaki dua tahun lalu.

Tertuduh, Tuan Mohd Ridzwan Tuan Mohamad atau dikenali sebagai `Iwe Telosan' didakwa di hadapan Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan oleh tertuduh.

Tertuduh didakwa membunuh penganggur, Che Sobrie Che Ali, di Kampung Saring, Pasir Puteh antara 9.30 malam hingga 10 malam pada 1 Ogos 2021.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukanhukuman mati, jika sabit kesalahan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 April ini bagi mendapatkan laporan kimia dan pasca nilai.

Tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.


('Iwe Telosan' ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Pasir Puteh)

Media Baharu