MUAR, 28 Oktober - Kerjasama baik Malaysia dengan negara-negara ASEAN memainkan peranan penting dalam meningkatkan kadar Ukuran Pembangunan Keyakinan, atau Confidence Building Measures (CBM), khusus dalam sektor pertahanan.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar berkata, antara faktor menjadi nilai tambah kepada CBM adalah kekerapan interaksi bersama negara dan tentera negara terlibat.
"KL Accord ini tercapai, disebabkan kerja-kerja di belakang tabir, ATM, rundingan dan Kementerian Luar dan sebagainya,
"Ini adalah satu pengiktirafan dunia kepada kita, setelah melihat ASEAN sejak beberapa hari di sini, mendapat pujian yang menggunung:, katanya selepas Program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat Madani di sini, hari ini.
Katanya, interaksi yang baik juga dapat meningkatkan keyakinan dan ketelusan antara negara-negara seterusnya dapat menyelesaikan isu di peringkat serantau dan global.
Antara isu yang berjaya diatasi adalah konflik Thailand-Kemboja, menerusi Perjanjian Damai Kuala Lumpur (KL ACCORD) yang dilihat berjaya meletakkan nama dan peranan Malaysia di mata dunia.
Tambah beliau, kerjasama baik Malaysia dengan negara-negara ASEAN juga dapat meningkatkan keselamatan siber selain dapat dimanfaatkan menerusi latihan ketenteraan.