fb fb fb fb fb

Selangor belanja RM5.102 juta bangunkan infra kawasan perumahan terbengkalai

HULU SELANGOR, 20 April- Sebanyak RM5.102 juta dibelanjakan kerajaan negeri Selangor bagi membangunkan kemudahan infrastruktur sebuah kawasan perumahan yang terbengkalai sejak lebih 20 tahun lalu di Kampung Koskan, Serendah.

Antara kemudahan yang dibangunkan, jalan bertar, saliran, retikulasi pembentungan, bekalan air dan elektrik, lampu jalan serta padang permainan.

Menurut Exco Perumahan, Rodziah Ismail, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan pemulihan infrastruktur projek ini dengan menggunakan peruntukan Tabung Pemulihan Projek Terbengkalai pada 24 Julai 2019.

"Jadi saya mengharapkan dengan adanya ini kontraktor telah siapkan kerja tanah struktur penahan tanah cerucuk kerja jalan saliran tangki septik semuanya mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak yang berwajib sebelum serahan dibuat.

"Kita mengharapkan dalam sebulan lagi ia boleh berjalan secara biasa, mereka boleh masuk tapak untuk membuat penambahbaikan kepada struktur rumah mereka,"katanya.

Jelas beliau, projek terbabit gagal disiapkan selepas kontraktor dilantik iaitu Tetuan Ehsan Ibu Sdn Bhd diisytihar muflis pada 17 Oktober 2012.

Beliau berkata demkian selepas melawat tapak projek pembesaran kampung berkenaan.

Sementara itu, 42 pemilik lot banglo terbengkalai itu lega rumah tersebut kini boleh didiami.

Lebih menggembirakan hadiah berharga itu diterima pada saat umat Islam bakal meraikan Aidilfitri.


(Exco Perumahan, Rodziah Ismai)

Media Baharu