fb fb fb fb fb

Aidilfitri: Econsave tawar daging kerbau import pada harga rahmah

(FOTO RTM)

PONTIAN, 20 April-Sebanyak 500 tan daging kerbau import ditawarkan pada harga rahmah, di 90 Pasaraya Econsave seluruh negara sehingga 21 April ini, sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahudin Ayub berkata, harga rahmah daging import itu sebanyak RM14.90 berbanding harga yang ditetapkan iaitu RM20.00 itu merupakan salah satu inisiatif pihak swasta membantu meringankan beban rakyat.

"Ini merupakan penjimatan yang saya sangat yakin rakyat boleh menumpang sedikit rasa lega apabila barang asas ini dapat dibeli dengn harga rahmah dan juga barang kawalan lain", katanya.

Sementara itu, ratusan aduan diterima KPDN atas kealahan tidak meletakkan tanda harga sejak Ramadan lalu dan ketika pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan. 

Datuk Seri Salahudin Ayub berkata aduan tersebut diterima hasil daripada tinjuan yang dijalankan di beberapa lokasi seluruh negara.

"Saya berharap agar para peniaga dapat bekerjasama bagi mengelakkan tindakan tegas diambil terhadap mereka. Kalau masih gagal, KPDN terpaksa mengambil tindakan undang-undang", katanya ketika mengadakan tinjauan harga barangan keperluan di pasaraya Econsave, di sini.


(Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahudin Ayub)

Media Baharu