fb fb fb fb fb

PM terima kunjungan Michelle Yeoh

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

PUTRAJAYA, 20 April- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati, Tan Sri Michelle Yeoh di Putrajaya.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk berkongsi kejayaan dan pengalaman beliau sebagai anak seni.

Melalui laman facebook, Datuk Seri Anwar memklumkan Tan Sri Michelle menghimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya terutamanya untuk mencapai tingkat kejayaan beliau hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.

Bintang kelahiran Ipoh itu merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di acara Anugerah Akademi Ke-95 (Oscars 2023).

Beliau turut membawa trofi Oscar yang dimenanginya bagi merakam kenangan bersama Perdana Menteri.


(FOTO FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu