fb fb fb fb fb

Dikompaun gagal letak tanda harga merah jambu

IPOH, 20 April- Sebuah pasar raya di Teluk Intan, dikenakan kompaun kerana gagal meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan terkawal mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2023 (SHMMP).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup negeri Perak, Datuk Kamaludin Ismail berkata 539 pemeriksaan dilakukan di premis perniagaan seluruh Perak sepanjang lima hari pelaksanaan SHMMP.

"Kita telah kenakan kompaun sebanyak RM300. Ini merupakan antara tindakan yang akan kita ambil jika berlakunya kesalahan. Saya ingin ingatkan kepada para peniaga dan juga di seluruh negeri Perak ini khususnya supaya mematuhi peraturan yang kita letakkan bawah skim harga maksimum ini," kata Kamaludin pada sesi Jelajah Mesra Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2023 di Meru, Ipoh.

(Datuk Kamaludin berkata Sebuah pasar raya di Teluk Intan, dikenakan kompaun kerana
gagal meletakkan tanda harga merah jambu)

Media Baharu