fb fb fb fb fb

Gagal pamer tanda harga merah jambu, pasar raya dikenakan kompaun

(FOTO RTM)

IPOH, 20 April-Sebuah pasar raya di teluk Intan dikenakan kompaun kerana gagal meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan terkawal mengikut Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2023 (SHMMP).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP)Perak, Datuk Kamaludin Ismail berkata 539 pemeriksaan telah dilakukan ke atas premis perniagaan di seluruh Perak sepanjang lima hari pelaksanaan SHMMP.

"Kita telah mengenakan kompaun terhadap pemilik pasar raya kerana kesalahan tersebut. Saya juga ingin mengingatkan para peniaga di seluruh negeri agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan", katanya pada sesi Walkabout Pemantauan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2023 di pasaraya Mydin di Meru, di sini.

Katanya, bagi kesalahan tersebut pemilik premis berkenaan dikenakan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 di mana sabit kesalahan untuk individu adalah denda sehingga RM10,000 serta kompaun sehingga RM5,000. Manakala bagi syarikat, boleh didenda sehingga RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000.


(Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNHEP)
Perak, Datuk Kamaludin Ismail

Media Baharu