fb fb fb fb fb

Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di tiga negeri

(Foto fail)

PUTRAJAYA, 20 April- Julung kalinya, Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI bersama Perdana Menteri akan diadakan di tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini juga memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mengadakan Rumah Terbuka bersempena sambutan Aidilfitri 2023 pada 1 Syawal 1444H di kediaman rasmi beliau di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

"Di negeri Kedah, majlis akan diadakan pada 29 April 2023 bertempat di Hotel Raia, Alor Setar.

"Ia diangkat sebagai program berstatus nasional dengan sasaran jumlah kehadiran pengunjung seramai 25,000 orang," menurut kenyataan itu.

Seterusnya 12 Mei 2023 di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kelantan diikuti Negeri Terengganu pada keesokan harinya di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, UNISZA.

Program dianjurkan oleh JPM melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku penyelaras utama turut bekerjasama dengan Kerajaan Negeri.

Kementerian peneraju turut dilantik bagi membantu pelaksanaan program.

JPM memaklumkan Perdana Menteri turut dijangka menghadiri tiga majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

(Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI di tiga negeri)

Media Baharu