fb fb fb fb fb

FAMA Pahang buka Pasar Tani di 10 lokasi B40

(FOTO RTM)

KUANTAN, 20 April-Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang membuka pasar tani di 10 lokasi melibatkan empat Pasar Tani Kekal (PTK) dan enam kawasan pasar tani menerusi Program Jualan Syawal Madani di negeri ini.

Pengarah FAMA Pahang Saiful Sadri berkata lokasi yang terpilih itu merupakan kawasan yang mempunyai ramai golongan B40.

Menurut Saiful lagi, program yang bermula pada 16 April lalu bakal berakhir hari ini menawarkan penjimatan harga barangan keperluan pada lima hingga 25 peratus bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat.

"Kita membawa jualan kali ini untuk membantu masyarakat bagi menangani kos sara hidup rakyat terutamanya golongan B40.

Selain itu barang-barang yang ditawarkan juga mempunyai penjimatan harga sebanyak 5 hingga 25 peratus", katanya lagi.

Menurut Saiful lagi, kawasan yang terlibat adalah PTK Chini, PTK Jerantut, PTK Jengka, PTK Pekan, Medan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) Tanah Putih Kuantan, Pasar Tani Sungai Karang , Kuantan, Pasar Tani Bukit Rangin Perdana 2, Kuantan, Pasar Tani UTC Kuantan, Pejabat FAMA Raub dan Pasar Tani Bandar Baru Lipis.

Seramai 756 usahawan dijangka terlibat dalam program berkenaan terlibat dengan menyasarkan nilai jualan sebanyak lebih RM1.5 juta sepanjang program tersebut berlangsung.

Beliau berkata demikian di sini.


(756 peniaga pasar taniĀ  Pahang terlibat dalamĀ Program Jualan Syawal Madani)

Media Baharu