fb fb fb fb fb

KPDN terima ratusan aduan kesalahan tidak letak tanda harga

(FOTO BERNAMA)

PONTIAN, 20 April- Ratusan aduan diterima Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) atas kesalahan tidak meletakkan tanda harga sejak Ramadan dan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan. 

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahudin Ayub berkata aduan tersebut diterima hasil daripada tinjuan yang dijalankan di beberapa tempat. 

"Itu adalah satu isu yang masih saya harap peniaga kena bagi kerjasama. Letak tanda harga untuk elakkan diambil tindakan tegas kerana kalau berlaku pengulangan banyak kali KPDN tidak ada pilihan selain ambil tindakan perundangan kepada mereka,"katanya.

Terdapat juga peniaga yang menjual ayam melebihi harga siling selain mengenakan caj memotong.

Jelasnya lagi, sekiranya peniaga- peniaga kecil seperti peniaga ayam telah meletakkan tanda harga dan mengenakan cas pemotongan, ia dibenarkan mengikut perundangan selagi mendapat persetujuan daripada pelanggan.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan harga barangan keperluan di pasaraya Econsave, Pontian. 


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu