fb fb fb fb fb

Operasi BNM dorong kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 20 April- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM39.51 bilion daripada RM34.02 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam menyusut menjadi RM16.73 bilion daripada RM27.30 bilion.

Awal hari ini, bank pusat menjalankan satu tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan tiga tender repo berbalik.

BNM turut menyemak semula tender semalaman Murabahah kepada RM38.5 bilion daripada RM37.8 bilion.

Selain itu, bank pusat telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM38.5 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM16.7 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) ialah 2.71% pada 19 April 2023. -BERNAMA

(Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini)

Media Baharu