fb fb fb fb fb

KPDN lulus kuota tambahan RON95 dan diesel

(FOTO BERNAMA)

MUAR, 20 April- Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)  meluluskan kuota tambahan petrol RON 95 dan diesel kepada syarikat minyak bersempena cuti perayaan Aidilfitri, Hari Pekerja dan Wesak bermula esok sehingga 4 Mei. 

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahudin Ayub berkata syarikat minyak akan mengagihkan petrol RON 95 dan diesel kepada 4,030 stesen minyak di seluruh negara.

"Kita harap dengan bekalan ini maknanya rakyat jangan bimbang dan kita akan pastikan kelancaran rakyat untuk mendapatkan RON 95 dan diesel yang sentiasa cukup di 4,030 stesen minyak di seluruh negara,"katanya.

Jelasnya lagi, harga yang ditetapkan masih sama mengikut harga pasaran.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan tinjauan harga barangan keperluan di Pasaraya Econsave, Pontian.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu