fb fb fb fb fb

Polis KL kenal pasti 11 'blackspot' kawasan kerap kemalangan

(ACP Sarifudin Mohd Salleh menyampaikan sumbangan
kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta)

KUALA LUMPUR, 20 April- Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti lebih 50 'hotspot' dan 11 'blackspot' (kawasan sering berlaku kemalangan) di seluruh ibu negara.

Bagi memastikan kelancaran trafik sempena Hari Raya Aidilfitri, anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ditugaskan di bawah program Op Lancar dan Op Selamat bermula bulan Ramadan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara kawasan hotspot yang dikenal pasti ialah Jalan Kuching, Jalan Loke Yew dan Jalan Cheras.

"Kalau anggaranya di Kuala Lumpur setiap hari kita menguruskan lebih kurang 1 juta lebih kenderaan dan kita belum maksimum lagi 1 juta lebih yang telah pulang ke kampung.

"Saya percaya pagi ni dan esok mungkin akan mencapai 1.2 atau 1.3 juta keluar dari KL,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta menuju utara, hari ini.

Turut dinyatakan 95% pegawai JSPT Kuala Lumpur, bekerja sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.


(Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh)

Media Baharu