KUALA LUMPUR, 3 Disember- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat hari lahir kepada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berharap semangat dan daya juang Wan Azizah terus kuat dalam membela nasib rakyat.
"Selamat ulang tahun kelahiran buat nona tercinta.
"Semoga cinta ini terus kekal dan terus menjadi tiang seri kepada anak-anak dan cucu.
"Perjuangan masih panjang tatkala kita sedang berusaha sebaik mungkin menterjemah fikrah Madani dengan memantapkan ekonomi dan memperkasa rakyat," kata Anwar.