KANGAR, 25 November - Sebanyak tiga lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Perlis menjadikan 17 PPS dibuka setakat ini.
PPS baharu yang dibuka di sekitar Kangar iaitu PPS SK Jalan Raja Syed Alwi dan SK Bohor Empiang, Manakala di Arau Sk Tambun Tulang.
Menurut Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Perlis, sehingga pukul 4 petang tadi seramai 5,833 penduduk terjejas banjir telah dipindahkan ke PPS.
Ia merangkumi 1,486 keluarga di beberapa kawasan baharu yang dinaiki air.
Selain rumah, fasiliti awam seperti hospital turut dinaiki air dalam kejadian banjir di negeri Perlis tahun ini.