fb fb fb fb fb

Sektor perindustrian UK dipelawa bina lebih banyak perkongsian di Malaysia

FOTO TWITTER MOHAMAD AZMIN ALI

KUALA LUMPUR, 8 Februari -Malaysia dan United Kingdom (UK) hari ini membincangkan usaha meningkatkan integrasi dua hala bagi perkongsian ekonomi yang lebih baik dalam bidang pertumbuhan baharu ekonomi yang tersenarai dalam Aspirasi Pelaburan Kebangsaan.

Dalam perbincangan itu Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempelawa sektor perindustian dari UK untuk membina lebih banyak perkongsian dengan institusi di Malaysia.

“Ini bukan sahaja akan mengukuhkan hubungan dua hala, tetapi juga memperhebat pembangunan strategik,” kata beliau menerusi akaun Twitternya selepas mesyuarat sarapan bersama Pesuruhjaya Tinggi Britain Charles Hay dan beberapa syarikat UK.

Mohamed Azmin turut bercakap tentang Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan penguatkuasaannya serta peluang yang tersedia untuk syarikat UK yang beroperasi di Malaysia.

Katanya peluang pelaburan yang dibuka luas kepada pelabur UK secara tidak langsung dapat meningkatkan lagi jumlah tenaga pakar berkemahiran tinggi dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi di negara ini.

Media Baharu