fb fb fb fb fb

Sektor agromakanan rugi RM90 juta akibat banjir


KUALA LUMPUR, 13 Januari- Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melaporkan hampir RM90 juta kerugian dalam sektor agromakanan yang direkodkan akibat bencana banjir.

Menurut Ketua Setiausahanya, Datuk Haslina Abdul Hamid, jumlah itu dijangka meningkat berdasarkan tinjauan serta bancian semasa kementerian berkenaan.

Menyedari kegusaran itu, MAFI Prihatin terus komited membantu golongan terjejas seperti golongan petani, penternak, nelayan dan juga usahawan agro mendepani cabaran berkenaan.

"Setakat semalam, lebih kurang 7,500 golongan sasar yang terjejas akibat banjir di seluruh negara seperti Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah," jelasnya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Tambahnya, bantuan tidak hanya berbentuk kemanusiaan sebaliknya meliputi kebajikan haiwan perliharaan dan ternakan.

Pihaknya menyediakan kit-kit kesihatan bagi haiwan ternakan yang sakit, dan berkolaborasi dengan doktor pelatih daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk merawat haiwan yang terkesan.

Dalam perkambangan berkaitan, Haslina berkata setakat ini rantai makanan dan bekalan makanan tidak terjejas akibat bencana banjir yang melanda negara.

Media Baharu