fb fb fb fb fb

Sekatan jalan raya dilaksana di lokasi strategik seluruh negara

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 23 November- PDRM melancarkan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara mulai semalam sehingga satu tarikh ditetapkan bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

Kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani menyebut, pelaksanaan SJR itu sebahagian usaha PDRM untuk mencegah jenayah dijalankan secara penugasan 24 jam.

"Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan SJR akan dijalankan pada waktu puncak dan waktu siang.

"Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui SJR terutamanya di luar waktu puncak, menurut kenyataan itu.

Masyarakat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian dan PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.


(Tan Sri Acryl Sani memaklumkan Sekatan jalan raya dilaksana di lokasi strategik seluruh
negara)

Media Baharu