fb fb fb fb fb

MenterI Besar Perlis mula tugas rasmi hari ini

(Mohd Shukri tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri dan kemudian mengimbas
cap jari pada perakam waktu di Pejabat Menteri Besar 9.00 pagi/Pejabat Menteri Besar Perlis)

KANGAR, 23 November- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang dilantik sebagai Menteri Besar Perlis Ke-8 petang semalam memulakan tugas secara rasminya hari ini.

Beliau tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri dan kemudian mengimbas cap jari pada perakam waktu di Pejabat Menteri Besar jam 9.00 pagi.

Turut hadir menyambutnya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad serta pegawai kanan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Negeri kemudian menghadiri sesi Taklimat Pembangunan dan Kewangan Negeri.

Sementara itu, senarai nama barisan Exco Kerajaan Negeri telah dihantar kepada Ibu Pejabat Perikatan Nasional dan keputusan bakal diketahui sebelum Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dijadual petang Jumaat ini di Istana Arau.


(ADUN Sanglang, Mohd Shukri Ramli yang dilantik sebagai Menteri Besar Perlis memulakan
tugas secara rasminya hari ini/Pejabat Menteri Besar Perlis)

Media Baharu