fb fb fb fb fb

Banjir Perak: 735 penduduk terjejas

IPOH, 23 November- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak melibatkan seramai 735 orang daripada 209 keluarga. Setakat pukul 10.00 Pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, Sebanyak sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka di lima daerah berbeza.

"Di daerah Hilir Perak, dua PPS menempatkan 227 penduduk daripada 60 keluarga.

"Selain itu, di daerah Kerian, PPS Sekolah Kebangsaan Alor Pongsu menempatkan 20 penduduk daripada 8 keluarga," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, PPS Sekolah Agama Rakyat Padang serai dan PPS Sekolah Kebangsaan Beruas di daerah Manjung pula menempatkan 256 penduduk daripada 78 keluarga.

Manakala 214 penduduk daripada 56 keluarga masih ditempatkan di PPS SMK Layang-Layang Kiri, SK Layang Layang kiri dan SK Titi Gantong dalam daerah Perak Tengah.

PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 18 penduduk daripada 7 keluarga.


(Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak melibatkan seramai 735 orang)

Media Baharu