fb fb fb fb fb

Melaka sasar negeri lestari, aspek kebersihan dan keindahan dipertingkat

FOTO BERNAMA

BANDAR RAYA MELAKA, 23 November-Kerajaan negeri Melaka memperuntukkan RM210,000 bagi penganjuran Pertandingan Kebersihan dan Keindahan Negeri Melaka.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Zaidi Attan berkata ia khusus untuk menerapkan nilai kecintaan terhadap keindahan seterusnya menuju ke arah negeri lestari.

"Kita nak tingkatkan lagi usaha-usaha dalam melestarikan negeri Melaka termasuk merentasi pentadbiran, agensi di bawah PBT dan bukan di bawah PBT.

Kita selaraskan program-program menerusi indikator melalui Murni Net," kata Zaidi kepada pemberita RTM selepas menyempurnakan penyampaian hadiah pertandingan berkenaan di sebuah hotel, di sini

Menurutnya, pertandingan berkenaan akan dijadikan sebagai acara tahunan selain kategori yang dipertandingkan akan diperluas mengikut keperluan.

Mengulas lanjut, beliau berkata Melaka antara 10 negeri di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di Malaysia dan berharap status dan pencapaian itu dapat dikekalkan atau mencapai tahap lebih baik.


(EXCO Melaka, Datuk Zaidi Attan/BERNAMA)

Media Baharu