fb fb fb fb fb

Segerakan kelulusan pengambilan tanah projek Kerajaan Persekutuan - PM

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar Kerajaan Negeri perlu memberikan keutamaan dan menyegerakan kelulusan permohonan pengambilan tanah untuk projek Kerajaan Persekutuan.

Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat ketika Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri (MBKM) Ke-138 secara bersemuka yang dihadiri oleh Menteri Besar dan Ketua Menteri serta Menteri-Menteri Kabinet di Putrajaya.

Menurutnya, tanah projek yang melibatkan jajaran diluluskan secara perizaban manakala tapak pusat operasi, pejabat atau stesen diluluskan secara pemberimilikan.

"Oleh itu, keputusan hari ini agar Kerajaan Negeri membantu menyelesaikan isu halangan di atas tanah Kerajaan Negeri yang terlibat dengan projek-projek kerajaan berkepentingan awam.

"Perbincangan lanjut akan diadakan berhubung kadar premium yang dikenakan untuk pemberimilikan dan cukai tanah oleh kerajaan negeri selaras dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Tanah Negara,"katanya menerusi kenyataan hari ini.

(Gambar fail/FOTO Facebook Ismail Sabri)

Pada mesyuarat tersebut, sebanyak lima kertas telah dibentangkan yang melibatkan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi memastikan agenda kesejahteraan Keluarga Malaysia dapat dilaksanakan.

Media Baharu