fb fb fb fb fb

Segera laksana koridor kemanusian di Rafah, situasi semakin genting – Anwar

(Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh/Foto FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober, - Malaysia menggesa pelaksanaan segera koridor kemanusiaan di Rafah dan pada masa sama menyokong penuh penamatan segera pengeboman di wilayah Gaza.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perbualan telefon bersama Ketua Biro Politik yang juga pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh semalam. Anwar turut menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.

Perdana menteri turut menggesa pelaksanaan segera gencata senjata dari pihak Israel.

“Adalah sangat mustahak untuk Israel meninggalkan amalan politik perampasan atau pengusiran dan serta-merta melaksanakan gencatan senjata dengan Hamas dan secara jujur melaksanakan resolusi perdamaian untuk menamatkan konflik semasa”, kata perdana menteri menurut status di media sosial rasmi perdana menteri itu.

Tambahnya, ini adalah masa genting dan paling penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan ke semua individu yang terjejas daripada krisis tersebut.

Menerusi semangat sama, Anwar menyatakan komitmen Malaysia untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan, khususnya dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan bagi meringankan penderitaan rakyat Palestian yang amat memerlukan.

Semalam, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberitahu agensi berita AFP, bahawa Semenanjung Gaza hanya mempunyai bekalan air, elektrik dan bahan api mencukup untuk tempoh 24 jam sahaja.

Jika penyaluran bantuan tidak dibenarkan di kawasan yang dikepung rejim Israel, “doktor perlu menyediakan sijil kematian untuk pesakit,” kata Pengarah Wilayah WHO untuk Mediterranean timur, Ahmed al-Mandhari, dalam temu bual bersama AFP.

ARTIKEL BERKAITAN
Israel tutup laluan sempadan Rafah ke Mesir
Diserang Israel tanpa henti, penduduk Gaza hanya dengar bunyi 'kematian'
Pelajar bimbang nasib keluarga di Gaza
Ketua Hamas gesa penduduk tolak 'perpindahan', pertahan tanah air Palestin di Gaza
Malaysia sasar sumbangan RM100 juta untuk Palestin - TPM

Pada Isnin merupakan hari ke-10 serangan udara Israel tanpa henti ke atas sasaran wilayah Palestin, sebagai tindak balas terhadap serangan mengejut 7 Oktober lalu oleh pejuang Hamas.

Mandhari berkata, Gaza kini menuju ke “malapetaka sebenar”.

Setakat ini, serangan Israel di wilayah Palestin menyebabkan 2,700 orang terbunuh, 9,700 orang cedera menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza dan kira-kira sejuta orang terpaksa melarikan diri, menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

(Seorang lelaki tidak dapat menahan rasa sedih apabila mengebumikan mayat seorang
anak Palestin yang terbunuh dalam serangan Israel, di Khan Younis,
selatan Semenanjung Gaza/FOTO REUTERS)

Media Baharu