fb fb fb fb fb

Rangka manusia ditemukan atas bumbung

(FOTO HIASAN)

SITIAWAN, 17 Oktober-Tengkorak dan serpihan tulang dipercayai milik manusia ditemukan di atas bumbung bangunan sebuah syarikat di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah ACP Mohamed Nordin Abdullah berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu daripada seorang wanita pada pukul 10.20 pagi.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian menjumpai dua rangka manusia tanpa jantina dan identiti serta sehelai bendera Perak.

Turut ditemukan beberapa barangan termasuk cebisan baju kemeja warna putih kotor, dua bungkusan plastik warna merah berisi disyaki tengkorak manusia setiap satu dan sebilah pisau.

Rangka manusia yang ditemui dihantar ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk tujuan bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi bu Pejabat Polis Daerah Manjung bagi membantu siasatan.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu