fb fb fb fb fb

Segera buka pintu sempadan Rafah

Pensyarah Kejuruteraan Awam UTM / warga Palestin, Dr Mohamad Darwish

JOHOR BAHRU, 12 November- Sempadan Rafah perlu dibuka bagi melancarkan misi bantuan kemanusiaan untuk Palestin.

Pensyarah Kejuruteraan Awam UTM, yang juga warga Palestin, Dr Mohamad Darwish berkata, pemimpin-pemimpin Islam perlu melakukan desakan untuk segera membuka sempadan Rafah memandangkan ribuan lori yang membawa barang keperluan tidak dibenarkan masuk.

“Cara terbaik untuk membawa bekalan minyak petrol adalah dengan membuka pintu sempadan Rafah kerana hospital terutamanya sangat memerlukan bekalan utiliti memandangkan bakal kehilangan banyak nyawa terutama bayi.

“Sempadan Rafah sepatutnya dikawal Mesir bukannya Zionis, “ katanya ketika ditemui semasa perhimpunan Solidariti Untuk Palestin di, PPR Kempas Permai, Johor Bahru.

Situasi itu jelas melambatkan misi bantuan kemanusiaan dan rakyat Palestin ketika ini sangat memerlukan bantuan antarabangsa.

Paling terkesan, ramai bayi di hospital mula kehilangan nyawa disebabkan bekalan utiliti termasuk petrol tidak sampai ke hospital.

Katanya, hubungan komunikasi juga terputus ketika ini dan kali terakhir menghubungi keluarganya adalah seminggu lepas.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE