fb fb fb fb fb

1,000 Penduduk PPR Kempas Permai sertai perhimpunan aman solidariti untuk Palestin

Penduduk yang menyertai perhimpunan aman solidariti untuk Palestin di Padang PPR Kempas Permai, Johor Bahru

JOHOR BAHRU, 12 November - Kira-kira 1,000 penduduk PPR Kempas Permai, Johor Bahru menyertai perhimpunan aman solidariti untuk Palestin di Padang PPR Kempas Permai, 8.00 pagi tadi.

Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat berkata, perhimpunan aman ini menunjukkan sokongan dan solidariti kepada Palestin yang diserang Rejim Zionis.

“Tindakan Israel adalah diluar kezaliman kerana membunuh kanak-kanak dan wanita.

“Undang-undang antarabangsa juga tidak membenarkan pembunuhan terhadap kanak-kanak dan wanita,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan tersebut.

Turut diserahkan sumbangan berjumlah RM11,000 kepada MyCare Malaysia Berhad untuk diserahkan kepada penduduk Palestin.

Bacaan Qunut Nazilah juga diadakan.

ROSLINA BINTI DIN