fb fb fb fb fb

Sedia beri kerjasama penuh, tiada apa nak disorokkan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Kerjasama penuh akan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna dana RM600 bilion ketika pandemik COVID-19.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi jaminan tiada perkara yang akan disembunyikan, sekiranya SPRM memanggil untuk siasatan.

"Setakat ini tiada panggilan daripada SPRM, sekiranya dipanggil saya akan beri kerjasama penuh. Tiada apa yang nak disorokkan," katanya.

(Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)

Beliau berkata demikian selepas melancarkan kenderaan elektrik (EV) BYD ATTO 3, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pegawai Kementerian Kewangan mengesahkan ada pelanggaran serius prosedur berhubung dakwaan perbelanjaan hampir RM600 bilion ketika pentadbiran kerajaan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Berita berkaitan
Isu RM600 bilion, jangan cabar kerajaan - PM

Media Baharu