fb fb fb fb fb

3,743 kenderaan diperiksa dalam Operasi Rentas Sempadan JPJ Zon Selatan

SEREMBAN, 8 Disember - Sejumlah 3,743 kenderaan telah diperiksa dan 820 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Rentas Sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Zon Selatan.

JPJ Negeri Sembilan bekerjasama dengan JPJ Johor dan JPJ Melaka menjalankan Operasi Rentas Sempadan JPJ Zon Selatan bermula 6 Disember lalu dan berakhir hari ini.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif YusabraYusuf, sebanyak 700 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi khas itu.

"Sebanyak 700 saman telah kita keluarkan yang mana melibatkan kes lebih muatan sebanyak 202 notis, gagal patuhi lampu isyarat merah 164, tidak memakai tali pinggang keledar 18 kes, tidak pakai topi keledar 85 kes, menggunakan telefon bimbit 7 kes, memotong barisan sebanyak 171 kes selain menggunakan rondaan dan juga sekatan jalan raya kami juga kali ini menggunakan aset dron dalam mengesan kesalahan yang melibatkan potong barisan dan juga langgar lampu merah," kata beliau pada sidang media sempena Operasi Rentas Sempadan di Hentian Rehat dan Rawat (Arah Seremban), di sini hari ini.


(Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif YusabraYusuf bercakap pada sidang media sempena Operasi
Rentas Sempadan di Hentian Rehat dan Rawat Arah Seremban)

Selain itu, kesalahan tiada lesen memandu kompeten paling banyak dikesan sepanjang operasi iaitu sebanyak 158 kes.

Seramai 79 anggota yang terdiri daripada JPJ Negeri Sembilan dengan 54 anggota, JPJ Melaka dengan 12 anggota dan JPJ Johor, 13 anggota ditugaskan untuk operasi berkenaan.

Media Baharu