fb fb fb fb fb

Dua PPS ditutup di Pahang

LIPIS, 8 Disember- Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masing-masing melibatkan sebuah PPS di daerah Lipis dan Raub ditutup sepenuhnya petang tadi.

PPS terbabit ialah Masjid Kampung Beletik, Lipis yang sebelum ini menempatkan 171 penduduk dan Balairaya Kampung Chenua, Raub.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PPS terbabit ialah Masjid Kampung Beletik yang dibuka sejak awal pagi semalam ditutup pada pukul 3.00 petang tadi.

(Foto fail)

Manakala, Balairaya Kampung Chenua yang dibuka pada pukul 1.30 pagi tadi ditutup pada pukul 2.00 petang.

Bagaimanapun, setakat pukul 4.00 petang tadi, PPS SK Lubuk Kulit masih dibuka bagi menempatkan 49 penduduk terjejas yang terdiri daripada 18 keluarga.

Media Baharu