fb fb fb fb fb

Pemerkasaan seni penulisan murid sekolah serlah potensi di persada global

SELANGOR, 8 Disember- Pemerkasaan karya seni penulisan dalam kalangan murid sekolah perlu dipertingkat dari semasa ke semasa agar pengkaryaan mereka mampu pergi ke persada antarabangsa.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq bermula dengan pengkaryaan di peringkat sekolah, murid perlu lebih bersedia dan ia mampu direalisasikan melalui perancangan dan strategi yang jelas.


(Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq)

"Karya mereka boleh dijadikan bahan bacaan tambahan di sekolah-sekolah rendah serta kolaboratif dengan pelbagai pihak dapat mengangkat kejayaan sekolah dengan lebih cemerlang.

"Melihat banyak hasil seni pelajar dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur, tidak mustahil Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSemKL) akan berfungsi sebagai pusat rujukan penghasilan karya seni dalam kalangan murid," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Buku Cerita Nukilan Murid-murid Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSemKL) di Shah Alam

Katanya lagi, pencapaian murid-murid ini dalam bidang penulisan Bahasa Inggeris dan seni visual juga amat membanggakan.

Media Baharu