fb fb fb fb fb

Perkhidmatan LRT dijangka lebih stabil menjelang suku ketiga tahun 2023

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya dijangka akan lebih stabil dan mencapai mutu perkhidmatan yang lebih cemerlang menjelang suku ketiga tahun hadapan.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bilangan tren yang beroperasi akan ditambah kepada 56 set secara berperingkat untuk mencapai kekerapan tren sebanyak tiga minit sekali.


(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, ketika sidang media lawatan kerja ke Prasarana Malaysia Berhad, hari ini)

"Ketika ini 38 tren set yang beroperasi. Kekerapan lima minit satu yang tidak memuaskan kita sebagai pengguna, sepatutnya kena optima masa kekerapa tren hanya tiga minit bagi satu tren, itu adalah sasaran untuk kita mencapai tiga minit, dimana kita memerlukan 48 tren set yang boleh beroperasi. Sekarang beroperasi hanya 38 tren, lagi 18 tren sedang dalam penyelenggaraan,"katanya kepada pemberita dalam sebuah sidang media lawatan kerja ke Prasarana Malaysia Berhad.

Tambah beliau, pihak Prasarana juga telah membeli 19 set tren yang mana set pertama bakal beroperasi menjelang Ogos tahun hadapan.

Sementara itu, laporan penuh hasil siasatan gangguan perkhidmatan 16 stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya pada bulan lalu akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menjelaskan, laporan awal yang dijalankan oleh sebuah syarikat bebas telah dikemukakan kepada kementerian.

"Saya telah meminta prasarana untuk membuat laporan itu secara terbuka kepada orang ramai bila siap, itu perlu dikemukan kepada orang awam supaya kita mengetahui apa punca berlaku sehingga 16 stesen terpaksa ditutup, dan apa pelan tindakan yang akan dan sedang diambil untuk memastikan perkhidmatan lancar dan tidak tergendala," katanya.

Manakala bagi proses perolehan sedang dijalankan dan penanugerahan kontrak akan diberikan pada Februari tahun hadapan untuk menggantikan semua lif yang rosak di stesen-stesen LRT, MRT dan Monorel.

Jelas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke petugas dan polis bantuan di stesen-stesen yang terlibat telah diarahkan untuk memberi bantuan kepada golongan OKU yang menggunakan perkhidmatan tren.

"Semua petugas dan polis bantuan diarahkan memberi bantuan kepada penumpang OKU, contoh untuk mereka pergi ke platform,  naik tangga dan sebagainya. Saya tahu itu agak tidak selesa, jadi kita akan percepat proses pembaikan semua yang bermasalah, ketika ini kita tiada pilihan lain," katanya.

Selain itu, pihak Prasarana juga telah menempah alat ganti sebanyak 192 unit susur tangan (handrail) dan 22 unit rantai (step chain) untuk membaiki eskalator yang rosak.

Media Baharu