fb fb fb fb fb

Fenomena air pasang besar dijangka hingga Ahad

KUALA LUMPUR, 8 Disember - Fenomena air pasang besar dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad, menurut Pusat Hidrografi Nasional (PHN).

Oleh itu, penduduk di kawasan pesisir pantai disaran berwaspada dengan fenomena itu yang boleh menyebabkan limpahan air di kawasan darat seterusnya boleh mengakibatkan banjir di lokaliti kawasan rendah.

"Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai," menerusi hantaran di Facebook, Pusat Hidrografi Nasional (PHN).

Maklumat lanjut mengenai paras pasang surut boleh dilayari di https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/.

Media Baharu