(Foto hiasan)
BAYAN LEPAS, 23 Januari- Sedekah untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya merupakan satu bentuk rasuah.
Itu tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung istilah 'sedekah' yang digunapakai sesetengah pihak bagi meraih undi.
Beliau turut beranggapan fahaman tersebut boleh merugikan negara dan masyarakat.
"Sedekah sebagai amal jariah, okay. Tetapi sedekah untuk dapat undi, itu rasuah", katanya.
Tegasnya lagi, undang-undang juga telah menetapkan setiap calon dan wakil calon tidak boleh memberi wang ketika berkempen.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Spice Arena, Bayan Lepas.
(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)