fb fb fb fb fb

Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Johor, Sabah

KUALA LUMPUR, 23 Januari- Amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya melibatkan beberapa kawasan di Johor dan Sabah sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan di Johor, daerah yang terlibat ialah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Manakala di negeri Sabah, daerah yang terlibat ialah Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).

"Hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Johor (Segamat, Batu Pahat dan Pontian); Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah dan Bintulu (Bintulu) di Sarawak serta Pedalaman Sabah (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga Rabu, 25 Januari 2023.

Selain itu, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada sehingga Rabu ini yang melibatkan beberapa daerah di Pahang, Johor dan Sarawak.

"Kawasan yang terlibat di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Johor (Tangkak dan Muar); Sri Aman, Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Bintulu (Tatau dan Sebauh) serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak.

Manakala di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Sandakan (Tongod).


(Fb MetMalaysia)

Media Baharu