fb fb fb fb fb

Secret Garden: Karya agung edisi terhad ubah landskap industri 'autogate'

Pameran Secret Garden masuk percuma berlangsung hingga 12 Februari dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari tetapi akan ditutup dari 25 Januari hingga 2 Februari 2025

KUALA LUMPUR, 20 Januari- DELUX Holdings (M) Sdn. Bhd. (DELUX) muncul sebagai syarikat pengeluar pintu pagar aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti pertama di negara ini yang menjalin kerjasama dengan seniman kontemporari tempatan, Professor Zulkifli Yusoff dalam mengangkat seni tanah air di samping menggabungkan kehalusan seni kreatif dengan teknologi industri pembuatan.

Langkah inovatif itu mampu menjadi penanda aras dalam meningkatkan daya pemikiran dan persaingan dalam kalangan industri pembuatan autogate dan pintu sekuriti.

Menerusi pameran Secret Garden, lapan buah karya edisi terhad yang diilhamkan oleh Prof. Zulkifli Yusoff diketengahkan, dilakar di atas permukaan aluminium powder-coated sekali gus memberi nafas baharu kepada industri autogate tanpa trek dan pintu sekuriti selain menampilkan DELUXE sebagai syarikat pertama yang bekerjasama dengan seniman kontemporari Malaysia.

Siri edisi terhad yang bertajuk "My Home, My Heaven," menampilkan enam autogate tanpa trek dan pintu sekuriti dengan reka bentuk yang unik dan ekslusif.

Karya-karya Secret Garden menawarkan pendekatan inovatif dan moden kerana bukannya pada permukaan kanvas.

Datuk Dylan Chui, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DELUX, berkata syarikatnya telah berkecimpung dalam industri tersebut selama 21 tahun dan DELUX berbesar hati mengadakan kerjasama dengan Prof. Zulkifli Yusoff buat kali pertama.

"Semangat berterusan kami dalam mengetengahkan inovasi serta mengekalkan keaslian jenama tidak pernah berhenti. Pada waktu yang sama, projek Secret Garden membuktikan bahawa ia boleh menjadi lebih daripada sekadar autogate atau pintu sekuriti—ia mampu menjadi sebuah karya seni yang unit.

"Pameran kolaborasi Secret Garden dengan Zulkifli Yusoff ini memakan masa selama dua tahun, dan kami sangat berbangga ia
akhirnya dijayakan."

Siri Secret Garden oleh Zulkifli Yusoff diinspirasikan daripada kehidupan serta kesedihan dan penyembuhan, `menyemai' naratif kehilangan, keimanan, dan ketabahan. Setiap karya beliau mampu mengubah kesedihan menjadi harapan.

Sementara itu, menurut Prof. Zulkifli Yusoff, kerjasama antara industri dan pelukis merupakan titik-titik perubahan dua hala yang berlaku sama ada di pihak pelukis atau di pihak industri, menandakan permulaan perubahan dan perkembangan baharu untuk kedua-dua pihak, yang mendorong lebih banyak kemungkinan dan penerokaan.

Koleksi My Home, My Heaven, seiring dengan ungkapan Rumahku Syurgaku. Prof. Zulkifli diilhamkan oleh elemen tempatan dan alam semulajadi yang mana setiap elemen mempunyai susunan gubahan artistik tersendiri, menyerlahkan nilai estetik dan falsafah di sebalik reka bentuk pintu pagar dan pintu sekuriti.

Ianya termasuk gelombang bulat yang memberi penghormatan kepada hubungan kemanusiaan-ketuhanan, manakala bintang berbucu dua belas melambangkan peredaran masa, bunga berdaun lapan pula sinonim dengan tema kemakmuran dan keselamatan.

Pameran Secret Garden telah dibuka secara rasmi pada 19 Januari oleh Farouk Khan, pengumpul seni terkemuka dan pengasas bersama AFK Collection; Datuk Dylan Chui, Pengasas dan CEO DELUX, berserta dengan seniman Prof. Zulkifli Yusoff di Ballroom DELUX Flagship Store.

Pameran Secret Garden berlangsung sehingga 12 Februari di DELUX Flagship Store. Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang. Pameran akan ditutup sempena Tahun Baharu Cina dari 25 Januari hingga 2 Februari. Masuk adalah percuma.

 

2001 DELUXE (DARI kiri) Pengasas dan Pengarah Urusan SENZ, Datin Katherine Leong Hong Yin; Pengasas dan
Ketua Pegawai Eksekutif DELUX Dylan Chui, Seniman Kontemporari Tempatan Professor Zulkifli
Yusoff, Pengasas Bersama AFK Collection Farouk Khan, Pengarah Urusan DELUX Wendy Chui dan
Eksekutif Kanan Pemasaran DELUX, Connie Tiong SY pada majlis perasmian pameran Secret Garden.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE