fb fb fb fb fb

Pembinaan replika Kubu Rentap di Bukit Sadok dimulakan tahun ini

FOTO MIPD

BETONG, 20 Januari- Projek pelancongan untuk membina replika Kubu Rentap, pemimpin lagenda Iban yang menentang pentadbiran Rajah Putih di Betong, akan bermula tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas berkata projek tersebut sedang menunggu kelulusan akhir daripada pihak berkuasa berkaitan untuk pelaksanaannya.

Beliau berkata, dana berjumlah RM16 juta kini tersedia untuk pembinaan infrastruktur dan kemudahan berkaitan yang terletak di lokasi yang sama iaitu di Bukit Sadok.

Ujarnya, selain daripada pertanian moden, pelancongan akan menjadi satu lagi sektor yang disasar untuk dibangunkan di Bahagian Betong.

“Terdapat banyak yang boleh Betong tawarkan tetapi kita perlu menyusan semula strategi pembangunan dan promosi kita", ujarnya ketika menghadiri Malam Apresiasi Majlis Daerah Betong di Betong malam tadi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE