fb fb fb fb fb

Sebutan semula kes suami isteri bunuh kanak-kanak empat tahun, ditetapkan 21 Jun

KUCHING, 9 Mei - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 21 Jun depan untuk sebutan semula kes pasangan suami isteri yang didakwa membunuh kanak-kanak berusia empat tahun, Eric Chang Wei Jiw pada Mac lepas.

Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Dora Undau menetapkan tarikh itu selepas permohonan dibuat oleh pihak pendakwaan bagi menunggu laporan kimia pada prosiding kes hari ini.

Tertuduh Ling Kok Liang, 51, bersama Wendy Chai Xue Zhen, 36, penjaga kepada kanak-kanak terbabit, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.

Mereka didakwa menyebabkan kematian Eric di No 1493, Lorong 2, Taman Riverview, Jalan Daya, Bintawa di sini antara pukul 5 petang 4 Mac hingga 9.15 pagi pada 8 Mac.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Tan Chuan Yi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.


(Ling Kok Liang, 51, bersama Wendy Chai Xue Zhen, 36 dituduh membunuh Eric Chang Wei Jiw, empat tahun Mac lepas)

Media Baharu