fb fb fb fb fb

Lelaki tunggang motosikal maut rempuh 4X4

GURUN, 9 Mei- Seorang lelaki maut setelah terlibat dalam kemalangan di kilometer 76.1, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara kira-kira pukul 9.45 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata, mangsa dikenali Muhammad Fazli Mohamad Shamsudin, 29 tahun maut di lokasi kejadian kerana cedera parah di bahagian anggota badan.

Mangsa yang menunggang motosikal dari arah Gurun ke Alor Setar bergerak laju sebelum merempuh belakang sebuah pacuan empat roda yang bergerak perlahan akibat kesesakan jalanraya.

Kemalangan itu menyebabkan mangsa maut serta merta di tempat kejadian.

Ketika kejadian hujan lebat dan suasana gelap di lokasi terbabit.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani, untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu