fb fb fb fb fb

Sebuah PPS dibuka di Kuala Perlis

(Semua mangsa dalam keadaan selamat dan bantuan diberikan oleh petugas
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis)

KANGAR, 17 Oktober- Susulan banjir yang berlaku sekitar Kuala Perlis, sebuah Pusat Permindahan Sementara (PPS) dibuka kira-kira 10 malam pada Ahad.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan seramai 16 orang penduduk melibatkan empat buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di surau Kampung Teluk, di sini selepas kediaman mereka dinaiki air.

Penduduk yang dipindahkan melibatkan sembilan lelaki dewasa dan enam wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan.

Semua mangsa dalam keadaan selamat dan bantuan diberikan oleh petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis.

(Seramai 16 orang penduduk melibatkan empat buah keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan
sementara (PPS) di surau Kampung Teluk, di sini selepas kediaman mereka dinaiki air)

Agensi terlibat dalam pengurusan bencana terus memantau keadaan seluruh Perlis berikutan keadaan cuaca tidak menentu dengan hujan yang masih berlaku serta peningkatan aras sungai utama ketika ini.




Media Baharu