fb fb fb fb fb

KPWKM terus perkasa wanita, terutama dalam bidang ekonomi

(Datuk Seri Rina Mohd Harun)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober-Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus memperkasa golongan wanita terutama dalam bidang ekonomi.

Tumpuan terarah untuk membantu seramai mungkin golongan wanita menjana pendapatan sama ada mencari pekerjaan atau menceburi bidang perniagaan.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pelbagai program dirangka antaranya menerusi program Keusahawanan Wanita Bangkit.

Pelbagai platform juga diberikan termasuk memberi peluang perkerjaan serta peluang perniagaan kepada golongan wanita.

"Jadi kita perlu fokus bagaimana nak membantu mereka ini, macam saya katakan program wanita bangkit, bagaimana kita mahu bantu mereka supaya bukan semakin lama semakin ramai yang penerima bantuan.

(Seramai, 500 orang daripada keluarga masyarakat India kategori B40 menerima bantuan
sempena perayaan Deepavali)

"Kita nak yang masuk ni kita bantu, tetapi yang sedia ada pun kita mahu mereka keluar dari belenggu kemiskinan," katanya.

Beliau ditemui di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJKC) Dengkil bersempena Program Jalinan Mesra Deepavali Prihatin.

Seramai, 500 orang daripada keluarga masyarakat India kategori B40 menerima bantuan Deepavali.

Media Baharu