fb fb fb fb fb

Nahas MH17: MOT akan beri kenyataan susulan penemuan ICAO

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 13 Mei - Kementerian Pengangkutan akan mengeluarkan kenyataan berhubung penemuan Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang menyimpulkan Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17 di Ukraine pada 2014.

Menurut ICAO, pesawat dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak peluru berpandu Rusia ketika melintasi timur Ukraine, kawasan konflik antara kumpulan pro-Rusia dan tentera Ukraine.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan nanti,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JK-MKKJR) Bilangan 1 Tahun 2025 di Putrajaya.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

ICAO juga akan mempertimbang bentuk pampasan yang wajar beberapa minggu akan datang.

Pada November 2022, mahkamah Belanda mensabitkan dua warga Rusia dan seorang warga Ukraine atas kesalahan membunuh secara ''in absentia'' kerana penglibatan mereka dalam serangan tersebut.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD