fb fb fb fb fb

Sebahagian daripada APM, rakyat mampu ringan beban petugas keselamatan

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Seramai 1, 178 orang menerima anugerah bintang dan pingat kebesaran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di ibu pejabat APM, pagi tadi.

Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed berkata, beliau yakin dan berharap seluruh warga APM terus meningkatkan prestasi lebih cemerlang, proaktif dan bersemangat menghadapi cabaran.

"Kami ingin menyedarkan rakyat Malaysia, mereka adalah sebahagian daripada pertahanan awam dan orang yang patut bertindak bersama-sama dengan agensi-agensi kerajaan,

"Jika semua rakyat faham bahawa pertahanan awam ini adalah mereka, maka bebanan kepada kerajaan sama ada untuk menambah aset, atau menambahkan anggota dapat dikurangkan."

(Penerima anugerah bintang dan pingat kebesaran Angkatan Pertahanan Awam Malaysia)

Beliau berkata kepada media selepas berucap pada Majlis Sambutan Hari Ulang Tahun Pertahanan Awam ke-70 di Ibu pejabat APM, Sg. Merab, Kajang hari ini.

Media Baharu