fb fb fb fb fb

"Saya akan pastikan segala persiapan Johor-Singapura pada tahap terbaik" - MB Johor

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Pembukaan semula sempadan Johor-Singapura pada 1 April tahun ini akan menyumbang kepada usaha pemulihan negeri Johor.

Justeru Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyambut baik dan menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakoob serta Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

"Saya akan pastikan segala persiapan di sempadan Johor-Singapura berada pada tahap yang baik sekali gus mengambil kira isu kesesakan lalu lintas," kata beliau melalui laman Facebooknya.


(Kenyataan dikeluarkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di laman rasmi Facebooknya hari ini/FBMBJOHOR)

Tambahnya, pembukaan sempadan ini akan memberi impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan kehidupan rakyat.

Beliau turut berharap untuk berjumpa dengan pucuk pimpinan Singapura dalam masa terdekat bagi membincangkan hala tuju pembangunan negeri Johor dan Singapura.

Media Baharu