fb fb fb fb fb

Pelatih AMD hilang ketika mandi sungai ditemukan lemas

BALING 24 Mac- Pelatih Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari AMD Mohd Saiful Izzudin Mustaffa yang dikhuatiri lemas selepas dihanyut arus deras ketika mandi bersama rakan-rakannya di Sungai ketil Baling, Kedah semalam ditemukan jam 5.46 petang tadi.

Mangsa, ditemukan di dalam penyedut pasir di Sungai Limau iaitu 9 kilometer lokasi tempat mangsa mandi bersama empat rakan yang lain berdekatan Kampung Padang Temu, Batu 48, Bongor.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan II Rahimi Ali berkata mangsa ditemui dalam tempoh 27 jam operasi mencari dan menyelamat.

"Penemuan mayat remaja berusia 14 tahun itu dimaklumkan oleh penjaga pam kepada pihak berkuasa. Mangsa, Muhammad Saiful Ezzudin Mustaffa,14, dari Kampung Telok Sungai Durian, Bongor dibawa arus petang semalam kerana hujan lebat dan arus Sungai Ketil laju sehingga mangsa ditemui jauh daripada tempat dia mandi," kata Rahimi kepada pemberita RTM.

Komander Operasi melaporkan kelajuan air lebih kurang 3 knot atau 5.556 kilomter per jam dan kedalaman air sungai 2.9 kaki.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan sejak petang semalam melibatkan 19 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Baling Dan unit Pasukan Penyelamat Di Air PPDA dari BBP Jitra dan BBP Sungai Petani.


(Operasi carilamat mangsa oleh pasukan keselamatan JBPM Kedah)

Kejadian kira-kira 1 petang semalam berlaku di Kampung Padang Temu Batu 48 Baling turut melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam, Rela, Unit Amal dan penduduk kampung.

Operasi mencari dan menyelamat dilakukan melibatkan 4 sektor iaitu dengan 5 kaedah iaitu pencarian di permukaan, selaman dari Pasukan PPDA di kawasan mangsa mungkin tersangkut dan kaedah 3, melakukan rondaan dan pencarian dengan menggunakan bot, jet ski dan kayak.

Turut digunakan kaedah anjing pengesan K9 dan jentera berat bagi mengalihkan rimbunan buluh yang berada di dalam sungai serta pencarian di pesisir sungai oleh penduduk kampung.

Mayat seterusnya diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

Media Baharu