KUALA LUMPUR, 24 Mac- Mengenai pembukaan sempadan Malaysia dan Singapura pula, Khairy berkata kedua-dua negara bersetuju membenarkan semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian COVID-19 termasuk ujian pra-pelepasan dan semasa ketibaan.
Tambahnya ia terpakai ke atas semua kategori pengembara dan jenis pengangkutan darat.
"Pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 dibenarkan merentas sempadan darat antara Malaysia dan Singapura. Mereka juga tidak perlu menjalani kuarantin, melakukan ujian COVID-19 sebelum berlepas dan melakukan ujian COVID-19 semasa ketibaan manakala bagi semua pengembara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 yang melalui sempadan udara Malaysia-Singapura. Mereka hanya PERLU melakukan ujian COVID-19 dalam tempoh dua hari sebelum berlepas."
Manakala bagi Thailand pula, pintu sempadan darat yang telah dipersetujui untuk dibuka bermula 1 April 2022 hanyalah Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan dan hanya bersedia untuk menerima pengembara pelancongan sahaja.
Perbincangan masih dijalankan antara Malaysia dan Thailand.
(Gambar Fail)
Dalam pada itu, beberapa pemansuhan prosedur bagi pengembara dikuatkuasakan bermula 1 April nanti.
Antaranya, melibatkan 18 negara berisiko tinggi, Pemakaian Peranti Pengesanan Digital (Digital Tracker), Permohonan kuarantin di rumah (Home Quarantine Application), Pengembara melalui program OSC, Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB), Kaunter ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR oleh KKM di KLIA dan MyTravelPass.