fb fb fb fb fb

KKM sediakan protokol baharu bagi pengembara menjelang peralihan fasa ke endemik

KUALA LUMPUR, 24 Mac- Bagi memastikan Malaysia sebagai destinasi selamat dalam fasa peralihan ke endemik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyediakan beberapa protokol bagi pengembara yang ingin memasuki negara ini.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata ia susulan pembukaan semula sempadan kepada seluruh negara.

Protokol tersebut merangkumi tiga situasi bagi pengembara iaitu sebelum berlepas semasa serta selepas memasuki negara ini.

Pengembara yang tiba di Malaysia dikehendaki memuat turun, mendaftar dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan deklarasi perjalanan yang boleh diakses melalui MySejahtera.

"Namun demikian pengembara juga dikehendaki menjalani ujian RTK-Ag sama ada di fasiliti awam atau kesihatan swasta dalam tempoh 24 jam sebaik tiba di negara ini manakala bagi pengembara bukan warganegara mereka dikehendaki untuk mempunyai perlindungan insuran serta menyatakan alamat tempat penginapan di Malaysia," kata Khairy dalam sidang media di Parlimen hari ini.

"Sekiranya keputusan ujian RTK-Ag profesional positif maka pengembara dengan vaksin lengkap akan diberikan HSO) selama 7 hari di tempat penginapan kategori 1 &2 tetapi jik ada gejala yang serius mereka akan dirujuk kepada PKRC atau hospital swasta. Oleh sebab itu, mereka perlu insurans bagi mereka yang tidak lengkap vaksinasi dan positif mereka akan dikenakan HSO selama 10 hari."

"Manakala sekiranya keputusan ujian RTK Antigen profesional negatif, pengembara dengan vaksin lengkap, mereka tidak perlu menjalani kuarantin. Bagi pengembara yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi, mereka akan diberikan HSO selama 5 hari di tempat penginapan serta dikehendaki menjalani RT-PCR pada hari ke 4 atau RTK-Ag profesional pada hari ke 5," tambah beliau ketika mengadakan sidang media di Parlimen.


(Gambar Fail)

Bagi pengembara yang bergejala perlu membuat pemeriksaan lanjut di kaunter kesihatan yang disediakan manakala bagi yang tidak bergejala boleh meneruskan perjalanan ke kaunter Imigresen untuk semakan lanjut.

Namun, bagi kanak-kanak berumur bawah 6 tahun tidak perlu menjalani ujian pra pelepasan dan ujian semasa ketibaan.

Media Baharu