fb fb fb fb fb

Rakyat Kelantan dinasihat tangguh pergerakan ke negara jiran jika tiada urusan penting

TUMPAT, 24 Mac- Susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkenaan pembukaan semula sempadan antarabangsa sepenuhnya pada 1 April ini.

Rakyat Kelantan dinasihat tidak melakukan pergerakan ke negara jiran sekiranya tidak terbabit dengan urusan penting.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata ia bagi mengelak berlaku penularan wabak COVID-19 meskipun jumlah kes harian di negeri itu semakin rendah.

Katanya, untuk persediaan pembukaan sempadan ini, pihaknya menunggu arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM) nanti.

"Kita tunggu sekarang apa yang diberitahu oleh pihak keselamatan negara sekarang ini. Kita tengah tunggu dari pihak Thailand, dah ada kena guna kereta, dia bayar untuk buat ujian calitan. Jadi kita sedang tunggu arahan daripada kementerian keselamatan dan KKM," kata beliau ketika ditemui pemberita pada majlis 'Jjupo Mato' dengan rakyat peringkat jajahan tumpat serta pengisytiharan taman bandar tumpat di kampung baru nelayan di sini, hari ini.


(Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob ketika di majlis 'Jjupo Mato' di Tumpat, hari ini/FBMBKELANTAN)

Pada masa sama, Datuk Ahmad mengingatkan rakyat negeri itu tetap menjaga prosedur operasi standard (SOP) menjelang kedatangan bulan Ramadan.

Tambahnya, walaupun purata jumlah harian COVID-19 dicatatkan sekitar 600 kes sahaja untuk negeri itu, ia bukan bermaksud masyarakat boleh mengabaikan keselamatan diri.

Media Baharu