fb fb fb fb fb

KPDNHEP siasat berhubung isu 63 syarikat jalankan kegiatan seleweng subsidi minyak masak

KLANG, 24 Mac- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membuat penelitian serta perincian berhubung isu 63 syarikat yang dikesan menjalankan kegiatan penyelewengan subsidi minyak masakan membabitkan cukai tidak berbayar sebanyak RM200 juta.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya menyedari berlakunya kegiatan berkenaan dan sentiasa memantau, mengesan serta menyiasat kes berkaitan bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"KPDNHEP memang sedar ada berlakunya dan kita sentiasa mengambil langkah tertentu untuk kita menangani masalah ini tapi saya tak nak menyatakan terlebih dahulu sekarang kerana kita biarkan LHDN ini buat siasatan."

"Kami akan berhubung dengan dan saya difahamkan pihak berkuasa juga sudah berhubung dgn pihak LHDN dalam hal ini dan bersama nanti kami akan meneliti dan memperincikan apa sebenarnya, jadi akan mengambil langkah yang wajar kita ambil," kata Alexander ketika menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Peralatan Perubatan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.


(Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi/GambarFail)

Media Baharu