fb fb fb fb fb

Saudara baharu Orang Asli Sg. Bangkong, teruja sambut Aidilfitri

Foto RTM

JERANTUT, 10 April- Seramai 150 penduduk saudara baharu perkampungan Orang Asli Kampung Sungai Bangkong, Jerantut teruja menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pengerusi Gabungan 35 Masjid Felda Wilayah, Jengka, Razak Daud berkata badan masjid menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyantuni Orang Asli Sungai Bangkong di Kampung Sungai Jempol.

"Menyapa tentang masyarakat Orang Asli yang belum lagi Islam ini bertepatan dengan titah Sultan Pahang."

"Kita tiada paksaan dalam menganuti agama Islam tetapi kita ada usaha usaha ke arah itu kita akan membuat penerangan kepada penduduk," kata Razak kepada pemberita selepas memberi sumbangan Aidilfitri di Kampung Orang Asli Sungai Bangkong Jerantut, Pahang.

Menurutnya, penduduk yang beragama Islam di kawasan itu menjalani ibadah puasa, solat tarawih, membuat kuih raya dan membeli baju baharu.

Tambah Razak, Badan Gabungan Masjid Jengka sebelum ini mengadakan program santai menyantuni masyarakat Orang Asli sebanyak tiga kali sebulan bagi menarik mereka mendekati Islam.

Setakat ini, seramai 150 orang daripada 212 penduduk di situ telah beragama Islam hasil gerakan dakwah pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam Pahang, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM